Solat dan Fungsi Kemasyarakatan.

Solat dan Fungsi Kemasyarakatan.

Sembahyang berfungsi dalam mendisiplinkan tingkah laku setiap orang, meningkatkan hubungan silaturrahim sesama muslim. Orang beriman yang berada pada satu barisan dalam masjid yang sama, sebanyak lima waktu setiap hari, siang dan malam tanpa mengira kaya atau pun miskin, mereka berkumpul dan berjemaah di masjid atau surau bagi membuka jalan dan mendalamkan semangat persaudaraan sesama Islam. Orang yang kuat dan yang lemah berada dalam satu binaan yang kukuh dan teguh itu dan saling memahami setiap keperluan dan urusan dalam kalangan mereka. sources

Selain daripada solat lima kali setiap hari, Allah juga mewajibkan kepada sekalian Muslim supaya melaksanakan solat Jumaat sekali setiap minggu. Pada hari dan ketika itulah mereka bersama-sama untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. dan pada waktu yang sama juga mereka boleh mengenali antara satu sama lain dan mendengar nasihat, peringatan tentang perpaduan daripada khutbah yang dibaca oleh khatib yang bertugas demi mencapai keredhaan Allah Taala.

Utenti in linea

Abbiamo 93 visitatori e 4 utenti online